Thursday 13 December 2012

SOALAN KUIZ - MENGUJI MINDA


JAWAB SOALAN BERIKUT.


1.  Apakah rasa buah mangga muda? -------------------------------


2. Mengapakah kita dapat merasa pelbagai jenis makanan
    menggunakan lidah ?------------------------


3. Ada berapa deria rasa yang dapat dikesan oleh lidah kita ?--------


4. Bahagian mana lidah yang peka pada rasa masin?------------------

5.  Adakah deria rasa dan deria bau saling bekerja bersama dan    
     berkaitan antara satu sama lain ?----------------------


6. Apakah rasa garam dan ikan masin ?---------------------------------


7. Apakah fungsi lidah kepada manusia ?-------------------------------


8. Sebutkan berapa deria rasa yang dapat dikesan oleh lidah dan
    senaraikan.----------------------.

Sunday 9 December 2012

MENDUGA AKAL - SOALAN TEKA-TEKI



JAWAB SOALAN TEKA-TEKI DI BAWAH.



Badanku bulat seperti bola ;                                       Kulitku hijau  apabila muda ;  

Rasaku manis seperti gula ;                                       Pelbagai bentuk dan masam pula ;
                       
Isiku merah seperti saga ;                                           Dimakan orang tua dan muda ;  
                                    
Cubalah teka siapakah saya ?                                  Jika bijak siapakah saya? 





Kulitku hijau cantik berseri ;                                        Warnaku hitam kekal berseri ;

Rasaku pahit memang terbukti ;                                Di dalam botol aku diisi ;

Kalau anda bijak bestari ;                                           Boleh dibeli di sana sini ;

Cubalah teka siapaku  ini ?                                        Cubalah teka diriku ini ?                                         



CUBA UJIAN INI - PERANAN DERIA RASA DAN DERIA BAU

Deria rasa dan deria bau anda sering bekerja bersama sekiranya anda dijangkiti selsema dan tidak dapat mencium bau, anda mungkin tidak dapat merasa makanan dengan baik.


CUBA UJIAN INI

* Tutup mata kawan anda.

* Kemudian letakkan sehiris bawang di bawah hidung anda.

* Beri beberapa jenis makanan untuk dimakan seperti    
   roti,kentang atau sepotong epal.

* Dapatkah mereka membezakan makanan yang di makan ? 
   atau adakah bau bawang itu mengelirukan    
   mereka ?  

Tuesday 4 December 2012

SOALAN MENGUJI MINDA MURID


Nama murid:……………………………….   Kelas :…………………………………..

Bulatkan jawapan yang betul.

1.    Kita merasa dengan menggunakan_________________________.

A      hidung
B      mata
C     telinga
D     lidah

2.     Kita menggunakan lidah untuk___________________________.

A       melihat
B       merasa
C      mendengar
D      menghidu


 3.    Antara makanan berikut,yang manakah  berasa masam ?

A    mangga muda
B    kicap
C   serbuk koko
D   ais krim 
  

4.    ____________________rasanya masin.

A        gula-gula
B        garam
C         kek
D        cuka


5. Pilih padanan yang betul.

A
cuka
manis
B
Kopi
masin
C
gula-gula
masam
D
ubat
pahit
                                                                       
6.  Tulis ‘ betul ‘  atau ‘ salah. ‘

 A         Ikan kering rasanya  masin.           (                   )   
 B        Gula merah rasanya  pahit.             (                   )
C        Peria rasanya manis.                      (                   )
D        Mangga muda rasanya masam.     (                   )
         
7.   Tandakan ( / ) untuk pernyataan yang benar dan pangkah ( x ) untuk penyataan yang
       salah.

a)   Susu yang sudah basi mempunyai rasa yang masam. (                  )

b)   Kita mestilah minum sekurang-kurangnya enam gelas minuman
      yang manis setiap hari. (                   )
c)   Sentiasa makan makanan yang terlalu masin adalah tidak baik untuk  
      kesihatan kita.     (                 )
d)   Kuih-muih yang manis membantu menjaga kesihatan kita.(                     )
e)   Lidah adalah deria rasa kepada manusia.(                   )

      8.  Mengapakah burger makanan yang tidak berkhasiat ?
 
A.    Ianya tidak baik untuk kesihatan.
B.    Ianya baik untuk kesihatan
C.   Ianya  tidak mengandungi lemak.
D.   Ianya berkhasiat.


  9.  Tulis nama makanan mengikut rasa yang betul.


                      peria                limau nipis                                   kopi                                           
                    aiskrim                              limau nipis
 
                                                                   telur asin           kek            ikan kering                 
                   

Manis

1.____________________________

2.____________________________


Masin

1._____________________________

2._____________________________

Pahit
1._____________________________

2._____________________________


Masam

1._____________________________
 
2._____________________________


 10. Rasa yang berbeza dikesan oleh.............


A   tunas pokok

B   tunas rasa

C   otot 

D   mulut

BAGAIMANAKAH ANDA MERASA MAKANAN ?


  • Apabila anda memakan sesuatu, lidah anda akan merasanya.
  • Lidah memberitahu sama ada makanan itu panas atau sejuk, sedap atau tidak dan rasanya.
  • Rasa yang berbeza dikesan oleh tunas rasa kecil di atas lidah anda.
  • Anda mempunyai lebih 10 000 tunas rasa didalam mulut anda.
  • Tunas rasa kelihatan seperti benjolan kecil.
  • Kebanyakkan tunas rasa berada di atas lidah anda. Terdapat sedikit di bahagian bawah pipi, lelangit mulut  dan di dalam kerongkong anda.
  • Tunas rasa dapat merasa 4 jenis perasa berbeza iaitu manis, masam, masin dan pahit.
  • Bahagian lidah yang berbeza dapat mengesan rasa yang berbeza.
  • Tunas rasa menerima rasa bertemu dengan air  liur atau ludah yang dihasilkan  ketika anda makan.
  • Kemudian, saraf menghantar utusan tentang rasa itu ke otak. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...