Tuesday 27 November 2012

SUDUT AKTIVITI ' MARI KITA RASA '

ARAHAN:

1.  Guru menyediakan pelbagai jenis makanan  yang 
     mempunyai pelbagai rasa seperti masam, masin, manis 
     dan pahit seperti jadual dibawah.
  • peria        
  • mangga muda
  • gula-gula
  • serbuk koko
  • garam
  • serbuk kopi
  • limau nipis
  • belimbing buluh
  • telur  asin
  • gula melaka
  • asam keping
  • kek
 
2.  Guru memotong makanan agar menjadi cebisan kecil.

3.  Murid diminta membentuk kumpulan kecil  yang terdiri 
     daripada 4 orang ahli.

4. Dalam kumpulan, murid diminta merasa sedikit  setiap   
  sample makanan yang diberi oleh guru.

5. Murid diminta mencatat rasa makanan tersebut dan 
    mengelaskan rasa dalam jadual pengelasan yang  
    diedarkan. 

6. Guru dan murid berbincang jawapan.


Saturday 24 November 2012

INFO SAINS


MENGAPA MAKANAN PERLU  DIKUNYAH  SEBELUM TELAN ?



Tujuan manusia makan adalah untuk menyerapkan nutrisi demi meneruskan hidup. Makanan yang masuk ke dalam mulut akan dikisar dan dikunyah  oleh gigi. Kemudian, ia akan memasuki perut dalam bentuk cebisan kecil dan bentuk cair. Akhirnya, usus kecil akan menyerap nutrisi dan zat-zat makanan.


Badan dapat menyerap nutrisi yang cukup jika sistem pencernaan berfungsi dengan baik dan normal.Oleh itu, kita tidak harus makan dengan gelojoh kerana ini akan membebankan perut kita. Untuk penghadaman yang sihat dan penyerapan nutrisi yang baik, kita harus mengunyah makanan dengan perlahan-lahan sebelum menelan.


SUMBER:  TEMAN PINTAR EDISI 06/2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...