Thursday, 13 December 2012
SOALAN KUIZ - MENGUJI MINDA
JAWAB SOALAN BERIKUT.
1. Apakah rasa buah mangga muda? -------------------------------
2. Mengapakah kita dapat merasa pelbagai jenis makanan
menggunakan lidah ?------------------------
3. Ada berapa deria rasa yang dapat dikesan oleh lidah kita ?--------
4. Bahagian mana lidah yang peka pada rasa masin?------------------
5. Adakah deria rasa dan deria bau saling bekerja bersama dan
berkaitan antara satu sama lain ?----------------------
6. Apakah rasa garam dan ikan masin ?---------------------------------
7. Apakah fungsi lidah kepada manusia ?-------------------------------
8. Sebutkan berapa deria rasa yang dapat dikesan oleh lidah dan
senaraikan.----------------------.
Sunday, 9 December 2012
MENDUGA AKAL - SOALAN TEKA-TEKI
JAWAB SOALAN TEKA-TEKI DI BAWAH.
Badanku bulat seperti bola ; Kulitku hijau apabila muda ;
Rasaku manis seperti gula ; Pelbagai bentuk dan masam pula ;
Isiku merah seperti saga ; Dimakan orang tua dan muda ;
Cubalah teka siapakah saya ? Jika bijak siapakah saya?
Kulitku hijau cantik berseri ; Warnaku hitam kekal berseri ;
Rasaku pahit memang terbukti ; Di dalam botol aku diisi ;
Kalau anda bijak bestari ; Boleh dibeli di sana sini ;
Cubalah teka siapaku ini ? Cubalah teka diriku ini ?
CUBA UJIAN INI - PERANAN DERIA RASA DAN DERIA BAU
Deria rasa dan deria bau anda sering bekerja bersama sekiranya anda dijangkiti selsema dan tidak dapat mencium bau, anda mungkin tidak dapat merasa makanan dengan baik.
CUBA UJIAN INI
* Tutup mata kawan anda.
* Kemudian letakkan sehiris bawang di bawah hidung anda.
* Beri beberapa jenis makanan untuk dimakan seperti
roti,kentang atau sepotong epal.
* Dapatkah mereka membezakan makanan yang di makan ?
atau adakah bau bawang itu mengelirukan
mereka ?
Tuesday, 4 December 2012
SOALAN MENGUJI MINDA MURID
Nama
murid:………………………………. Kelas
:…………………………………..
Bulatkan jawapan yang
betul.
1. Kita merasa dengan menggunakan_________________________.
A hidung
B mata
C telinga
D lidah
2.
Kita menggunakan lidah untuk___________________________.
A melihat
B merasa
C mendengar
D
menghidu
3. Antara makanan berikut,yang manakah
berasa masam ?
A mangga
muda
B kicap
C serbuk koko
D ais krim
4. ____________________rasanya masin.
A gula-gula
B garam
C kek
D cuka
5. Pilih padanan yang
betul.
A
|
cuka
|
manis
|
B
|
Kopi
|
masin
|
C
|
gula-gula
|
masam
|
D
|
ubat
|
pahit
|
6. Tulis ‘ betul ‘ atau ‘ salah. ‘
A Ikan kering rasanya masin. ( )
B Gula merah rasanya pahit. ( )
C Peria rasanya manis. ( )
D Mangga muda rasanya masam. ( )
7. Tandakan ( / ) untuk pernyataan yang benar dan
pangkah ( x ) untuk penyataan yang
salah.
a) Susu yang
sudah basi mempunyai rasa yang masam. ( )
b) Kita
mestilah minum sekurang-kurangnya enam gelas minuman
yang manis
setiap hari. ( )
c) Sentiasa
makan makanan yang terlalu masin adalah tidak baik untuk
kesihatan
kita. ( )
d) Kuih-muih
yang manis membantu menjaga kesihatan kita.( )
e) Lidah adalah
deria rasa kepada manusia.(
)
8. Mengapakah
burger makanan yang tidak berkhasiat ?
A. Ianya tidak baik untuk kesihatan.
B. Ianya baik untuk kesihatan
C. Ianya tidak
mengandungi lemak.
D. Ianya berkhasiat.
9. Tulis nama makanan mengikut rasa yang betul.
peria limau nipis kopi
aiskrim limau nipis
telur asin kek ikan kering
|
Manis
1.____________________________
2.____________________________
|
Masin
1._____________________________
2._____________________________
|
Pahit
1._____________________________
2._____________________________
|
Masam
1._____________________________
2._____________________________
|
10. Rasa yang berbeza
dikesan oleh.............
A tunas pokok
B tunas rasa
C otot
D mulut
BAGAIMANAKAH ANDA MERASA MAKANAN ?
- Apabila anda memakan sesuatu, lidah anda akan merasanya.
- Lidah memberitahu sama ada makanan itu panas atau sejuk, sedap atau tidak dan rasanya.
- Rasa yang berbeza dikesan oleh tunas rasa kecil di atas lidah anda.
- Anda mempunyai lebih 10 000 tunas rasa didalam mulut anda.
- Tunas rasa kelihatan seperti benjolan kecil.
- Kebanyakkan tunas rasa berada di atas lidah anda. Terdapat sedikit di bahagian bawah pipi, lelangit mulut dan di dalam kerongkong anda.
- Tunas rasa dapat merasa 4 jenis perasa berbeza iaitu manis, masam, masin dan pahit.
- Bahagian lidah yang berbeza dapat mengesan rasa yang berbeza.
- Tunas rasa menerima rasa bertemu dengan air liur atau ludah yang dihasilkan ketika anda makan.
- Kemudian, saraf menghantar utusan tentang rasa itu ke otak.
Saturday, 1 December 2012
APA ITU LIDAH DAN KAITANNYA DENGAN DERIA RASA.
* Lidah ialah sekeping otot yang besar.
* Lidah membantu anda merasa makanan dan
memecahkan makanan menjadi butiran yang kecil
dan sesuai untuk di telan.
dan sesuai untuk di telan.
* Lidah merupakan organ deria
yang sensitif terhadap
rangsangan kimia atau bahan berperisa.
* Lidah merupakan organ
berotot yang terletak di
dalam rongga mulut.
* Lidah membolehkan kita untuk
mengesan rasa
manis, masin, masam dan pahit.
* Permukaan lidah mempunyai
deria atau tunas rasa.
* Deria rasa adalah salah satu
yang dapat mengesan
rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia
berperisa.
* Setiap tunas mempunyai banyak reseptor rasa yang
boleh
mengesan rasa sesuatu bahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)