LIDAH UNTUK MERASA
- FUNGSI LIDAH
1. Lidah adalah salah satu organ deria kita.
2. Kita menggunakan lidah untuk merasa.
3. Lidah dapat merasa makanan yang manis, masin, pahit
dan masam.
4. Contoh- contoh makanan mengikut rasa adalah seperti
berikut :
- manis - kek, gula-gula dan madu
- masin - garam, telur masin dan ikan kering
- pahit - ubat, peria, serbuk kopi
- masam - lemon, cuka dan nanas
5. Kita dapat menikmati keenakan makanan kerana lidah
kita mempunyai deria rasa.
- KEPENTINGAN RASA
1. Rasa penting kepada kita.
2. Kita tahu buah ranum dengan merasa.
3. Buah ciku yang belum ranum berasa pahit.
4. Buah ciku yang ranum berasa manis.
5. Kita juga tahu makanan yang elok dengan merasa.
6. Makanan yang rosak berasa tidak enak.
7. Misalnya, susu yang rosak berasa masam.
- BERHATI- HATI MEMILIH MAKANAN
1 . Kita harus menghargai deria rasa dengan tidak
mengambil makanan yang terlalu manis, masin, masam
atau pahit sehingga memudaratkan kesihatan kita.
2. Kita patut mengambil makanan yang sederhana rasanya
demi menjaga kesihatan tubuh kita.
3. Kita juga jangan mengambil makanan yang terlalu panas
atau terlalu sejuk.
4. Makanan yang mempunyai rasa keterlaluan tidak elok
untuk kesihatan.
5. Makanan yang terlalu masam boleh menyebabkan sakit
perut.
6. Makanan yang terlalu manis boleh merosakkan gigi.
7. Makanan yang terlalu masin boleh menyebabkan
penyakit.
*************************************************************
No comments:
Post a Comment