ARAHAN:
1. Guru menyediakan pelbagai jenis makanan yang
mempunyai pelbagai rasa seperti masam, masin, manis
dan pahit seperti jadual dibawah.
- peria
- mangga muda
- gula-gula
- serbuk koko
- garam
- serbuk kopi
- limau nipis
- belimbing buluh
- telur asin
- gula melaka
- asam keping
- kek
2. Guru memotong makanan agar menjadi cebisan kecil.
3. Murid diminta membentuk kumpulan kecil yang terdiri
daripada 4 orang ahli.
4. Dalam kumpulan, murid diminta merasa sedikit setiap
sample makanan yang diberi oleh guru.
5. Murid diminta mencatat rasa makanan tersebut dan
mengelaskan rasa dalam jadual pengelasan yang
diedarkan.
6. Guru dan murid berbincang jawapan.