Tuesday 27 November 2012

SUDUT AKTIVITI ' MARI KITA RASA '

ARAHAN:

1.  Guru menyediakan pelbagai jenis makanan  yang 
     mempunyai pelbagai rasa seperti masam, masin, manis 
     dan pahit seperti jadual dibawah.
  • peria        
  • mangga muda
  • gula-gula
  • serbuk koko
  • garam
  • serbuk kopi
  • limau nipis
  • belimbing buluh
  • telur  asin
  • gula melaka
  • asam keping
  • kek
 
2.  Guru memotong makanan agar menjadi cebisan kecil.

3.  Murid diminta membentuk kumpulan kecil  yang terdiri 
     daripada 4 orang ahli.

4. Dalam kumpulan, murid diminta merasa sedikit  setiap   
  sample makanan yang diberi oleh guru.

5. Murid diminta mencatat rasa makanan tersebut dan 
    mengelaskan rasa dalam jadual pengelasan yang  
    diedarkan. 

6. Guru dan murid berbincang jawapan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...